Event is FINISHED

Dialog IMAN Research : Tuhan Semua Manusia

Description

Syurga itu milik mutlak mereka yang berfahaman seperti kita – tanggapan seperti ini di kalangan penganut-penganut pelbagai agama dan kepercayaan menyebabkan golongan yang berbeza pegangan di pandang hidup secara sia-sia. Persepsi ini dibawa ke tahap yang melampau oleh kalangan ektrimis agama apabila mereka berpendapat yang nyawa dan harta mereka yang berbeza pendapat itu halal untuk dibunuh dan dirampas oleh golongan beriman. Namun adakah itu fungsi agama dan kepercayaan kepada tuhan – untuk membeza-bezakan antara manusia? Atau adakah ini perkembangan dalam cara masyarakat beragama sebagai tindak balas kepada keadaan semasa?

Sehubungan itu, forum ini mengajukan soalan-soalan berikut kepada ahli panel:

  • Apakah fungsi agama dan kepercayaan kepada individu dan masyarakat?

  • Adakah konflik ini satu kesan semulajadi pengalaman beragama yang tidak dapat dielakkan sekiranya ajaran diturut sepenuhnya?

  • Mengapa tafsiran berjalur keras lebih mendapat perhatian hari ini berbanding tafsiran yang bersifat lebih terbuka?

  • Mengapa pemimpin agama sering mengeluarkan pendapat yang membenarkan penindasan terhadap mereka yang berbeza pandangan?

  • Adakah kita perlukan usaha mengetengahkan fahaman dan tafsiran agama yang bersifat lebih menerima perbezaan di antara komuniti?


Panelis:

  1. Afiq Md Nor – penyelidik, Iman Research

  2. Ehsan Syahwahid - penyelidik, Merdeka Centre

  3. Uthaya Sankar SB - penulis


Moderator: Altaf Deviyati

**

Sebagai sebahagian daripada program ini dan inisiatif penyelidikan kami, kami menjemput penyertaan anda dan memberi pendapat untuk soalan berikut :

"Kenapa kepercayaan itu sangat penting?" Sila emelkan jawapan anda ke info@imanresearch.com

Terima kasih.


Event Timeline
Updates
  • The event description was updated. Diff 2016-07-29 01:36:35
Sat Jul 30, 2016
3:00 PM - 5:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Tickets
Free Via Registration

On sale until Jul 29, 2016, 5:00:00 PM

Venue Address
Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 52050, Kuala Lumpur Malaysia
Directions
Makespace can be accessed from the main entrance (from outside) of Quill City Mall (Near H&M)
Organizer
Makespace Lab
288 Followers